Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta, kerana kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah dimilikinya, sehingga selalu berusaha untuk menambah hartanya dan ia tidak peduli darimana ia mendapatkannya.
Akan tetapi kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup terhadap apa yang telah diberikan kepadanya (qana'ah), redha, dan tidak tamak dalam mencari harta.
Maka itulah orang kaya yang sebenarnya.
"Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia. Namun kaya (ghina') adalah hati yang selalu merasa cukup."
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ
No comments:
Post a Comment