Tuesday, 29 March 2022
عجبت لثلاث Tiga Perkara Yang Menghairankanرجل يجري وراء المال والمال تاركه Orang yang mengejar harta, padahal harta meninggalkannya.رجل يخاف على الرزق والله رازقهOrang yang yang bimbangkan akan soal rezekinya...Padahal Allah lah yang memberikan jaminan rezeki kepadanya.رجل يبنى القصور والقبور مسكنهOrang yang membangun istana, rumah mewah, sedangkan kubur adalah tempat tinggal sebenar baginyaYa Allah Yang maha membolak balik kan hati. Tetapkanlah hati hati kami di atas jalan agama Mu. AminHj Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Al-'adabul fauqol 'ilmi. "Adab itu lebih tinggi daripada ilmu." Jika kita tidak beradab sedangkan kita berilmu, maka ertinya ilmu itu tidak berupaya mentarbiyyah diri kita. Seseorang yang beradab padahal dia tidak berilmu maka itu lebih baik berbanding seorang yang berilmu tetapi tiada beradab. Jika ingin menyampaikan ilmu haruslah beradab, jika ingin menasihati haruslah beradab, jika ingin memberi teguran juga harus beradab, atau jika ingin memberi peringatan sekalipun ianya haruslah di dalam adab, adab dalam adab. Teras di dalam teras itu lebih kukuh bak kayu teras gemunggal/teras kelor."Jangan sampai meruntuhkan akhlak kita untuk memberi akhlak kepada orang lain.""Saat kita berasa berilmu, disitulah bermula kejahilan kita."
Friday, 11 March 2022
TIGA SYARAT UTAMA TAUBAT
1. Menjauhi dan meninggalkan maksiat
2. Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut
3. Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-selamanya
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Surah An-Nisa', :18
Thursday, 3 March 2022
Penyakit A'in
BAHAYA AIN MENURUT ISLAM
Dulu dulu selalu dengar orang kata, jangan suka letak gambar anak, nanti kena 'Ain. Tahu tak 'Ain tu apa? Pernah dengar pasal 'Ain?
Nabi Muhammad saw pernah bersabda, selain dari qada dan qadar, ramai umat Nabi yang meninggal sebab kena Ain.
Nampak tak betapa bahayanya 'Ain?
.
.
'Ain adalah panahan mata. Ni bukan panahan mata yang menggoda tapi yang bahaya dan kadang kadang sampai libatkan nyawa.
'Ain tu sebenarnya di ambil dari bahasa arab; 'ana-Ya’inu' yang bermaksud apabila ia menatapnya dengan matanya.
Tapi tu lah, ramai antara kita yang ambik mudah sampai lupa nak buat benteng pertahanan diri, harta benda, dan keluarga dari penyakit ‘Ain.
.
Dari Jabir bin Abdullah ra dia berkata, “Rasulullah saw bersabda,
“Kebanyakan orang yang mati dari umatku setelah keputusan Allah dan takdir-Nya adalah kerana ‘ain.” (HR. al-Bukhari dan lainnya)
.
.
Penyakit Ain ni tak sama tau dengan sihir. Kadang kadang, si pelaku tu sendiri tak sedar yang dia dah timbulkan 'Ain.
Penyakit ni bukan jek disebabkan kita pandang pastu takjub dan dengki dengan benda yang kita pandang tu, tapi kalau takjub tanpa dengki pun boleh timbulkan 'Ain.
Banyak contoh bahaya 'Ain. Yang paling bahaya, kita tak tau pun yang kita dah terkena 'Ain. Ada kereta besar, terkena 'Ain, kete accident. Ada yang tunjuk couple loving loving, bila terkena 'Ain, terus rumah tangga berantakan. Ada binatang ternakan pulak sampai sakit atau mati.
.
.
Anak anak kecik paling senang kena 'Ain. Sebab tu ada orang tak kasi letak gambar anak anak kat laman sosial. Bukan sebab jeles, tapi nak elak kan 'Ain ni la nak nak kalau budak tu comel.
Anak yang sihat jadi sakit, menangis tanpa sebab, tak nak makan sampai kurus kering malah ada yang di timpa penyakit sampai meninggal dunia.
.
.
Riwayat dari Amrah dari ‘Aisyah radhiallahu’anha, ia berkata,
“Pada suatu ketika Nabi saw masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu baginda berkata....
ما لِصبيِّكم هذا يبكي قهلاََ استرقيتم له من العين
“Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang bisa mengubati dia dari penyakit ‘ain?” (HR. Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304).
Riwayat dadi Jabir ra bahawa Rasulullah saw berkata kepada Asma’ binti Umais,
“Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?”
Asma menjawab
“Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”.
Baginda berkata
“Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” (HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
.
.
Ibnu Qoyyim dalam kitab Tafsir Surat Muawwadzatain berkata,
“Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang terkadang boleh mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, haiwan, tanaman, dan harta. Dan terkadang pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan kekaguman"
.
.
Macam mana nak elak dari terkena 'Ain?
Rasulullah saw bersabda :
“Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad).
Di antara cara mendoakan keberkahan terhadap apa yang dilihatnya adalah :
اللَّهُمَّ بَارَكَ اللَّهُ فِيهِ
‘Ya Allah Semoga Allah memberikan berkah padanya”
اللَّهُمَّ بَارِكْعَلَيْهِ
"Ya Allah berkahilah atasnya”
اللَّهُمَّ بَارِكْلَهُ
"Ya Allah Berkahilah Baginya "
Untuk kita pulak, bila orang puji anak anak atau harta kita, ucapkan;
مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
“Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud”
.
.
Jadi, pasni kalau nampak sesuatu yang menakjubkan, kita try ubah ucapan dari wah! kepada doa. Bila orang puji pulak, jangan cakap terima kasih jek sambil tersipu sipu ayu, pastu tayang lagi. Kita tak tau bila bila masa jek boleh terkena 'Ain. Paling pendek pun sebut jek MasyaAllah. Amacam? senang jek kan?
.
Jangan Marah
Alhamdulillah
Khamis 03 Mac. 2022 / 29 Rejab 1443H
﷽
JANGAN MARAH
▪️Jangan marah ketika ada yang MENGHINA, doakan hinaan itu berbalik menjadi sebuah KEMULIAAN.
▪️Jangan marah ketika ada yang MEMBENCI, doakan kebencian menjadi KASIH SAYANG sejati.
▪️Jangan marah ketika ada yang MENYAKITI, doakan kesakitan itu berubah menjadi KEBAHAGIAAN diri.
▪️Jangan marah ketika ada MASALAH, doakan masalah kita menjadi ladang AMAL.
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه ,
Bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi ﷺ : "Berilah wasiat padaku."
Nabi ﷺ bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi ﷺ tetap bersabda: "Jangan marah."
[HR. Bukhari]
Semoga bermanfaat, nasihat diri.
إن شاء الله☺
#TazkirahJCS
♡SyukurSelalu
♡KitaJagaAllahJagaKita
Subscribe to:
Comments (Atom)