Monday, 31 October 2022

Hak Hak Orang Muslim ke atas Muslim yang lain

Enam (6) Hak Seorang Muslim Terhadap Muslim Yang Lain

1️⃣ Mengucapkan salam ketika bertemu
2️⃣ Menziarahi mereka ketika sakit/kematian
3️⃣ Mendoakan ketika bersin
4️⃣ Menolong ketika kesempitan
5️⃣ Memenuhi undangan apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat)
6️⃣ Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan

Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan kita untuk menunaikan tanggungjawab dan hak ke atas seseorang Muslim lainnya.

Tunaikanlah dengan penuh ikhlas. Semoga kita mendapat pahala dan ganjaran yang besar disisi Allah SWT.

Wednesday, 31 August 2022

THE REAL KETENANGAN ๐Ÿ’œ

MENYENDIRI LEBIH SELAMAT 

Akhir-akhir ini baru kita sedar bahawa ternyata yang sekarang dicari itu adalah tenang. Tak mahu masuk kepada perkara-perkara yang rumit. Tak tertarik lagi pada drama-drama hidup yang tak jelas. Cukup damai jadi sederhana tanpa banyak pura-pura. Kita kehilangan diri kita sendiri saat berusaha membahagiakan orang lain. Sekarang kita kehilangan sebahagian orang ketika kita bertemu dengan diri kita sendiri.

Dulu kita selalu menafikan perasaan dan berbohong pada diri sendiri atau mungkin terlalu menjaga hati orang lain tapi tidak diri sendiri. Terlalu ingin memenuhi ekspektasi orang lain. Hingga kita tak sedar sebenarnya tindakan itu menyebabkan kita semakin jauh dengan diri kita sendiri. Sekian lama menjauh membuat kita rindu pada diri kita sendiri. Satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan pada orang lain. Kini kita sedang belajar memahami diri kita sendiri. 

Setiap orang punya cara masing-masing untuk melalui hidup. Bahkan kadang-kadang si tukang motivasi hanya sedang berusaha melupakan kesedihannya sendiri. Kadang-kadang dalam hidup ini, kena pentingkan diri sendiri juga. Sebab tak ada orang lain yang akan pentingkan kita. Tak perlu bersusah payah berusaha nak puaskan hati orang. Sedangkan orang langsung tak pernah nak berusaha untuk jaga hati kita.

Ya berkorban memang berkorban, cuma kalau kita terlampau berkorban untuk kebahagian orang lain hingga kita sendiri hilang alasan untuk hidup gembira. Hidup kita terasa kosong, jadi buatlah sesuatu untuk benar-benar mengembirakan hati kita. Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kekuatan diri yang telah hilang. Adakala kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan. Adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri kita sendiri. Menyendiri lebih baik, jika bergaul dengan manusia tidak mendatangkan suatu kebaikan. Maka, menyendiri lebih selamat.

Monday, 29 August 2022

HUBUNGAN SILATURAHIM

HUBUNGAN SILATURAHIM MELUASKAN REZEKI

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang suka diluaskan baginya rezeki, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturahim.”

Memelihara silaturahim akan membuka pintu rahmat dan kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya, sekali gus menyuburkan hubungan sesama manusia.

Monday, 23 May 2022

Pengumpat

BALASAN KEPADA PENGUMPAT DAN PENGAIB

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Ketika aku dinaikkan ke langit (pada malam Israk dan Mikraj), aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku dari tembaga dan mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka, maka aku berkata : Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan mengaibkan maruah mereka.

Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti mengumpat serta mengaibkan orang lain. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Islam seperti mengumpat dan membuka aib orang Islam.

Thursday, 19 May 2022

Riba

Maka JANGANLAH bermu'amalah dengan riba, dan BERSABARLAH. Kerana sesungguhnya Allah berfirman :

ูˆَู…َู†ْ ูŠَّู€ุชَّู€ู‚ِ ุงู„ู„ّٰู‡َ ูŠَุฌْุนَู„ْ ู„َّู‡ٗ ู…َุฎْุฑَุฌًุง ۙ ูˆَّูŠَุฑْุฒُู‚ْู‡ُ ู…ِู†ْ ุญَูŠْุซُ ู„َุง ูŠَุญْุชَุณِุจُ

"Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." 
[QS. Ath-Thalaq: 2-3]

Apabila kamu menginginkan sebuah rumah maka bersabarlah hingga Allah memberimu rezeki..Pasrahkanlah kepada Allah dan lakukanlah sebab (usaha) sampai Allah siapkan untukmu sebuah rumah. Jika tidak (tercapai) maka kamu akan meninggal dalam keadaan SELAMAT DARI PEPERANGAN ALLAH.

 pelaku riba itu orang yang memerangi Allah -wal'iyadzu billah- sebagaimana Allah 'Azza waJalla berfirman :
[QS. Al-Baqarah: 279]

Allah mengumumkan perang kepada pelaku riba.Dan Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam melaknat pemakan riba, wakilnya, pencatat nya & dua saksinya.

Seorang mukmin hendaknya bertakwa kepada Allah dan bersabar atas kesusahannya,kerana sesungguhnya Allah berfirman :

ูˆَู„َู€ู†َุจْู„ُูˆَู†َّูƒُู…ْ ุจِุดَูŠْุกٍ ู…ِّู†َ ุงู„ْุฎَู€ูˆْูِ ูˆَุงู„ْุฌُู€ูˆْุนِ ูˆَู†َู‚ْุตٍ ู…ِّู†َ ุงู„ْุงَู…ْูˆَุงู„ِ ูˆَุงู„ْุงَู†ْูُุณِ ูˆَุงู„ุซَّู…َุฑٰุชِ ؕ ูˆَุจَุดِّุฑِ ุงู„ุตّٰุจِุฑِูŠْู†َ ۙ 

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikan lah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," [QS. Al-Baqarah:155]

Kita memohon kepada Allah agar mencukupi kita dengan keutamaan dan kurniaanNya dari segala yang membuat-Nya marah dan murka. Sesungguhnya Rabb kita Maha Mendengar...

Tuesday, 29 March 2022

Tiada apa yang mustahil, apabila Allah sentiasa bersamamu.

Kerugian yang paling teruk apabila syurga yang begitu luas seluas langit dan bumi itu Tiada tempat bagimu di situ..!!Ya Allah..Anugerahkan syurga kepada kami dan perkara yang boleh mendekatkan kami kepada syurga berupa perkataan atau amalan..Wahai tuhan sekalian alam.

ุนุฌุจุช ู„ุซู„ุงุซ Tiga Perkara Yang Menghairankanุฑุฌู„ ูŠุฌุฑูŠ ูˆุฑุงุก ุงู„ู…ุงู„ ูˆุงู„ู…ุงู„ ุชุงุฑูƒู‡ Orang yang mengejar harta, padahal harta meninggalkannya.ุฑุฌู„ ูŠุฎุงู ุนู„ู‰ ุงู„ุฑุฒู‚ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฑุงุฒู‚ู‡Orang yang yang bimbangkan akan soal rezekinya...Padahal Allah lah yang memberikan jaminan rezeki kepadanya.ุฑุฌู„ ูŠุจู†ู‰ ุงู„ู‚ุตูˆุฑ ูˆุงู„ู‚ุจูˆุฑ ู…ุณูƒู†ู‡Orang yang membangun istana, rumah mewah, sedangkan kubur adalah tempat tinggal sebenar baginyaYa Allah Yang maha membolak balik kan hati. Tetapkanlah hati hati kami di atas jalan agama Mu. AminHj Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Al-'adabul fauqol 'ilmi. "Adab itu lebih tinggi daripada ilmu." Jika kita tidak beradab sedangkan kita berilmu, maka ertinya ilmu itu tidak berupaya mentarbiyyah diri kita. Seseorang yang beradab padahal dia tidak berilmu maka itu lebih baik berbanding seorang yang berilmu tetapi tiada beradab. Jika ingin menyampaikan ilmu haruslah beradab, jika ingin menasihati haruslah beradab, jika ingin memberi teguran juga harus beradab, atau jika ingin memberi peringatan sekalipun ianya haruslah di dalam adab, adab dalam adab. Teras di dalam teras itu lebih kukuh bak kayu teras gemunggal/teras kelor."Jangan sampai meruntuhkan akhlak kita untuk memberi akhlak kepada orang lain.""Saat kita berasa berilmu, disitulah bermula kejahilan kita."

Friday, 11 March 2022

TIGA SYARAT UTAMA TAUBAT

1. Menjauhi dan meninggalkan maksiat
2. Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut
3. Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-selamanya
 
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Surah An-Nisa', :18

Thursday, 3 March 2022

Penyakit A'in

BAHAYA AIN MENURUT ISLAM

Dulu dulu selalu dengar orang kata, jangan suka letak gambar anak, nanti kena 'Ain. Tahu tak 'Ain tu apa? Pernah dengar pasal 'Ain? 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda, selain dari qada dan qadar, ramai umat Nabi yang meninggal sebab kena Ain. 

Nampak tak betapa bahayanya 'Ain?
.
.
'Ain adalah panahan mata. Ni bukan panahan mata yang menggoda tapi yang bahaya dan kadang kadang sampai libatkan nyawa. 

'Ain tu sebenarnya di ambil dari bahasa arab; 'ana-Ya’inu' yang bermaksud apabila ia menatapnya dengan matanya. 

Tapi tu lah, ramai antara kita yang ambik mudah sampai lupa nak buat benteng pertahanan diri, harta benda, dan keluarga dari penyakit ‘Ain.
.
Dari Jabir bin Abdullah ra dia berkata, “Rasulullah saw bersabda,

 “Kebanyakan orang yang mati dari umatku setelah keputusan Allah dan takdir-Nya adalah kerana ‘ain.” (HR. al-Bukhari dan lainnya)
.
.
Penyakit Ain ni tak sama tau dengan sihir. Kadang kadang, si pelaku tu sendiri tak sedar yang dia dah timbulkan 'Ain. 

Penyakit ni bukan jek disebabkan kita pandang pastu takjub dan dengki dengan benda yang kita pandang  tu, tapi kalau takjub tanpa dengki pun boleh timbulkan 'Ain. 

Banyak contoh bahaya 'Ain. Yang paling bahaya, kita tak tau pun yang kita dah terkena 'Ain. Ada kereta besar, terkena 'Ain, kete accident. Ada yang tunjuk couple loving loving, bila terkena 'Ain, terus rumah tangga berantakan. Ada binatang ternakan pulak sampai sakit atau mati. 
.
.
Anak anak kecik paling senang kena 'Ain. Sebab tu ada orang tak kasi letak gambar anak anak kat laman sosial. Bukan sebab jeles, tapi nak elak kan 'Ain ni la nak nak kalau budak tu comel. 

Anak yang sihat jadi sakit, menangis tanpa sebab, tak nak makan sampai kurus kering malah ada yang di timpa penyakit sampai meninggal dunia. 
.
.
Riwayat dari Amrah dari ‘Aisyah radhiallahu’anha, ia berkata, 

“Pada suatu ketika Nabi saw masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu baginda berkata....

‎ู…ุง ู„ِุตุจูŠِّูƒู… ู‡ุฐุง ูŠุจูƒูŠ ู‚ู‡ู„ุงََ ุงุณุชุฑู‚ูŠุชู… ู„ู‡ ู…ู† ุงู„ุนูŠู†

“Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang bisa mengubati dia dari penyakit ‘ain?” (HR. Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304).

Riwayat dadi Jabir ra bahawa Rasulullah saw berkata kepada Asma’ binti Umais, 

“Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” 

Asma menjawab

“Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”. 

Baginda berkata

“Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” (HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
.
.
Ibnu Qoyyim dalam kitab Tafsir Surat Muawwadzatain berkata, 

“Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang terkadang boleh mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, haiwan, tanaman, dan harta. Dan terkadang pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan kekaguman"
.
.
Macam mana nak elak dari terkena 'Ain? 

Rasulullah saw  bersabda :

 “Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad).

Di antara cara mendoakan keberkahan terhadap apa yang dilihatnya adalah :

‎ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑَูƒَ ุงู„ู„َّู‡ُ ูِูŠู‡ِ

‘Ya Allah Semoga Allah memberikan berkah padanya”

‎ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْุนَู„َูŠْู‡ِ

"Ya Allah berkahilah atasnya”

‎ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْู„َู‡ُ

"Ya Allah Berkahilah Baginya "
 

Untuk kita pulak, bila orang puji anak anak atau harta kita, ucapkan; 

‎ู…َุง ุดَุงุกَ ุงู„ู„َّู‡ُ ู„َุง ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„َّู‡ِ

“Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud”
.
.
Jadi, pasni kalau nampak sesuatu yang menakjubkan, kita try ubah ucapan dari wah! kepada doa. Bila orang puji pulak, jangan cakap terima kasih jek sambil tersipu sipu ayu, pastu tayang lagi. Kita tak tau bila bila masa jek boleh terkena 'Ain. Paling pendek pun sebut jek MasyaAllah. Amacam? senang jek kan? 
.
Semoga bermanfaat

Jangan Marah

Alhamdulillah

Khamis 03 Mac. 2022 / 29 Rejab 1443H 

                    ﷽
JANGAN MARAH

▪️Jangan marah ketika ada yang MENGHINA, doakan hinaan itu berbalik menjadi sebuah KEMULIAAN.

▪️Jangan marah ketika ada yang MEMBENCI, doakan kebencian menjadi KASIH SAYANG sejati.

▪️Jangan marah ketika ada yang MENYAKITI, doakan kesakitan itu berubah menjadi KEBAHAGIAAN diri.

▪️Jangan marah ketika ada MASALAH, doakan masalah kita menjadi ladang AMAL.

Dari Abu Hurairah ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ,
Bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi ๏ทบ : "Berilah wasiat padaku."

Nabi ๏ทบ bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi ๏ทบ tetap bersabda: "Jangan marah."

[HR. Bukhari]

Semoga bermanfaat, nasihat diri.
ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡☺
      
#TazkirahJCS
♡SyukurSelalu
♡KitaJagaAllahJagaKita
♡SalamUkhuwahTillJannah ♡ShareTanpaLarangan

Tuesday, 8 February 2022

doa istikarah ketika sujud akhir;

๐Ÿ’•๐Ÿ’•Doa selepas solat istikharah๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.

Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.”

Monday, 7 February 2022

๐˜ผ๐™ก๐™๐™–๐™ข๐™™๐™ช๐™ก๐™ž๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ๐™–๐™จ ๐™จ๐™š๐™œ๐™–๐™ก๐™– ๐™ง๐™š๐™ฏ๐™š๐™ ๐™ž ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™ ๐™ช๐™ง๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐—›๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐™ƒ๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ฅ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™–๐™ ๐™ž๐™ฉ

๐€๐‹๐‹๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐€๐Š๐€๐ ๐”๐‰๐ˆ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐ ๐‡๐€๐Œ๐๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‹๐”๐€๐‘ ๐Š๐„๐Œ๐€๐Œ๐๐”๐€๐๐๐˜๐€

๐—ฅ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜

Saturday, 29 January 2022

MUHASABAH DIRI SENDIRI

﷽ HIDUPKAN HATI UNTUK IBADAH.
Cari kehidupan/pilihan yg memudahkan ibadah dan memudahkan tenang dlm beribadah.

Mohonlah kekuatan dari Allah Subhana Wa-Taala.
Apabila Allah berkehendak tiada sesuatu apa pun dapat menghalang.

HIDUPKAN HATI DAN JASAD DENGAN MENCARI REDHA ALLAH DENGAN AMALAN-AMALAN SEHARIAN YG SOHEH DARI RASULULLAH SAW. ANTARANYA ADALAH :

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya dua rakaat. 

2. Solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh

3.Dua rakaat solat sunat (sebelum subuh) - lebih baik dari dunia dan seisinya ....

4. Selepas Subuh, zikir 100x tasbih,tahmid dan takbir, 100x selawat & 100x istighfar

3. Kemudian bacalah surah Yasin, Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari solat sunat Isyraq 4 rakaat, Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selepas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari)

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” 

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 100x tasbih,tahmid dan takbir, 100x selawat & 100x istighfar
 Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

8. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya,baca lah surah Al Mulk dan As Sajdah

9. Selepas Isya’ bacalah surah Al- Waqiah Allah janji akan memelihara daripada kefakiran

10. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

11. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

12. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

13. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

14. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

15. Malam Jumaat merupakan salah satu dari pandangan Allah(yang menyelamatkan hambanya) maka perbanyakkan Selawat,malam Jumaat baca surah Al Kahfi,Ad Dukhan serta datang awal ke Masjid 

16. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

17. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat      
     
18. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

19. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

20. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang adalah bencana yang sangat besar. Juga mengambil barang yg bukan hak juga mesti dijauhi walau sekecil-kecil barang. Ia semua menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat. 

Ingatan untuk diri sendiri.

Mari sama-sama kita tingkatkan iman dan ilmu tanda persiapan sebelum Kematian menjemput , juga salah satu usaha kita sebagai bekalan ke Sana (Akhirat)

۞ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ۞

Friday, 21 January 2022

JANGAN LUPA BANYAKKAN BERSELAWAT

ุงู„ู„َّู‡ُู€ู€ู…َّ ุตู€َู„ِّ ูˆَุณَู€ู„ِّู…ْ 
ุนู„ู€ู‰ ู†َุจِูŠِّู†َู€ุง ู…ُุญู…َّุฏ๏ทบ