Monday, 6 December 2021

BEKERJA

Rancak Bekerja

Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang." 

Sesungguhnya orang yang ikhlas bekerja kerana Allah SWT akan menerima tangungjawab dengan penuh keredhaan dan akan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh bagi menghasilkan prestasi kerja yang terbaik.

#kerjaituibadah
#pasukanmenteriagama 
#keluargasejahtera

Friday, 3 December 2021

SEDEKAH

Kelebihan Bersedekah 

Daripada Adi bin Hatim RA, Dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sepotong kurma"

Antara kelebihan bersedekah iaitu Allah SWT akan memuliakan dan melipatgandakan pahala kepada orang yang suka bersedekah.

Jom suburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan kita semua. Semoga segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT. 

#jomsedekah
#jumaat