Akademi Darul Abrar
Friday, 1 November 2024
Wednesday, 4 October 2023
BERZIKIRLAH
BERZIKIRLAH MEMUJI NAMA-NAMA ALLAH SWT
Amalan berzikir merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu.
Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram."
Monday, 31 October 2022
Hak Hak Orang Muslim ke atas Muslim yang lain
Enam (6) Hak Seorang Muslim Terhadap Muslim Yang Lain
1️⃣ Mengucapkan salam ketika bertemu
2️⃣ Menziarahi mereka ketika sakit/kematian
3️⃣ Mendoakan ketika bersin
4️⃣ Menolong ketika kesempitan
5️⃣ Memenuhi undangan apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat)
6️⃣ Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan
Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan kita untuk menunaikan tanggungjawab dan hak ke atas seseorang Muslim lainnya.
Tuesday, 6 September 2022
Wednesday, 31 August 2022
THE REAL KETENANGAN 💜
MENYENDIRI LEBIH SELAMAT
Akhir-akhir ini baru kita sedar bahawa ternyata yang sekarang dicari itu adalah tenang. Tak mahu masuk kepada perkara-perkara yang rumit. Tak tertarik lagi pada drama-drama hidup yang tak jelas. Cukup damai jadi sederhana tanpa banyak pura-pura. Kita kehilangan diri kita sendiri saat berusaha membahagiakan orang lain. Sekarang kita kehilangan sebahagian orang ketika kita bertemu dengan diri kita sendiri.
Dulu kita selalu menafikan perasaan dan berbohong pada diri sendiri atau mungkin terlalu menjaga hati orang lain tapi tidak diri sendiri. Terlalu ingin memenuhi ekspektasi orang lain. Hingga kita tak sedar sebenarnya tindakan itu menyebabkan kita semakin jauh dengan diri kita sendiri. Sekian lama menjauh membuat kita rindu pada diri kita sendiri. Satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan pada orang lain. Kini kita sedang belajar memahami diri kita sendiri.
Setiap orang punya cara masing-masing untuk melalui hidup. Bahkan kadang-kadang si tukang motivasi hanya sedang berusaha melupakan kesedihannya sendiri. Kadang-kadang dalam hidup ini, kena pentingkan diri sendiri juga. Sebab tak ada orang lain yang akan pentingkan kita. Tak perlu bersusah payah berusaha nak puaskan hati orang. Sedangkan orang langsung tak pernah nak berusaha untuk jaga hati kita.
Ya berkorban memang berkorban, cuma kalau kita terlampau berkorban untuk kebahagian orang lain hingga kita sendiri hilang alasan untuk hidup gembira. Hidup kita terasa kosong, jadi buatlah sesuatu untuk benar-benar mengembirakan hati kita. Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kekuatan diri yang telah hilang. Adakala kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan. Adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri kita sendiri. Menyendiri lebih baik, jika bergaul dengan manusia tidak mendatangkan suatu kebaikan. Maka, menyendiri lebih selamat.
Monday, 29 August 2022
HUBUNGAN SILATURAHIM
HUBUNGAN SILATURAHIM MELUASKAN REZEKI
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang suka diluaskan baginya rezeki, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturahim.”
Subscribe to:
Comments (Atom)